Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR MAHATHIR TIBA DI KOTA KINABALU UNTUK PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN MALAM INI

DALAM NEGARA

DR MAHATHIR TIBA DI KOTA KINABALU UNTUK PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN MALAM INI

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan malam ini.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba pada 1.30 tengah hari dan disambut ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.

Turut berada di lapangan terbang beberapa menteri dan pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan di Sabah.

Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah dan ahli parti itu serta ahli Parti Warisan Sabah turut menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Dr Mahathir dijadual merasmikan majlis tilawah al-Quran itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada 8.30 malam ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading