Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

DALAM NEGARA

DUA BERADIK MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

Sumber Gambar: PDRM

BENTONG: Dua beradik maut sementara tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera, selepas kereta yang dinaiki keluarga itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.20 pagi dan keluarga tersebut dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian merupakan Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan adiknya Adam Haiqal, 12.

Sementara bapa mangsa, Mohd Hairy Ahmad, 44, mengalami kecederaan pada tulang belakang dan isterinya, Zuraini Zolkifli, 44, retak di bahagian tangan kanan manakala anak bongsu pasangan itu Fahmi Eyman, 10, juga dilaporkan cedera parah di bahagian kepala.

Menurut Kamarulzaman, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas semasa cuba memotong kenderaan lain berhampiran sebuah selekoh.

“Keadaan jalan yang licin juga dipercayai menyebabkan pemandu berhadapan kesukaran mengawal kenderaan sebelum kereta itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong bagi bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan selepas keputusan saringan COVID-19 diperoleh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading