Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LAWAN ARUS DIDENDA RM8,000, PENJARA 6 BULAN

DALAM NEGARA

PEMANDU LAWAN ARUS DIDENDA RM8,000, PENJARA 6 BULAN

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan yang melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur dikenakan hukuman denda RM8,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Trafik Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu kenderaan yang merupakan lelaki berusia 34 tahun itu mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya

“Pemandu tersebut juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun dan kesalahan direkodkan pada lesen memandu.

“Tertuduh turut dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada 13 Disember lalu, pemandu terbabit telah dikesan memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras selepas rakaman kejadian terbabit tular di media sosial. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading