Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YOUTUBER DIDAKWA HANTAR KOMUNIKASI JELIK

DALAM NEGARA

YOUTUBER DIDAKWA HANTAR KOMUNIKASI JELIK

Sumber Gambar: Sinar Harian

IPOH: Seorang Youtuber dikenali Apit Wan Lebo didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi akaun Facebook miliknya, mei lalu.

Tertuduh, Roshafeez Abdul Hamid, 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui Facebook dengan menggunakan akaun Apit Wan Lebo pada pukul 1.30 petang, 9 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media pada 11 Mei lalu melaporkan, Apit Wan Lebo yang dikenali dengan video-video sindiran atau parodi ditahan polis bagi membantu siasatan susulan video tularnya yang mengkritik cara kerajaan mengendalikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.

Video berdurasi empat minit 15 saat itu memaparkan lelaki terbabit melahirkan perasaan tidak puas hatinya terhadap kerajaan kerana melaksanakan PKP 3.0 yang disifatkan sebagai longgar berbanding PKP 1.0.- AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading