TUN DR. MAHATHIR DIMASUKKAN KE IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), petang tadi.
Menurut kenyataan IJN, Tun Dr Mahathir tiba di IJN pada jam 7 petang tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan penuh serta memerlukan pemerhatian lanjut.
Kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang.–AlHijrah Online