Tag Archives: Tun Mahathir

TUN M SUDAH BERINTERAKSI DENGAN KELUARGA – MARINA MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilapor sudah mula berinteraksi dengan keluarga. Perkara itu dikongsikan anaknya, Marina Mahathir yang turut berharap orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih mengenai keadaan bapanya. “Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan

Read more

TUN DR. MAHATHIR DIMASUKKAN KE IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), petang tadi. Menurut kenyataan IJN, Tun Dr Mahathir tiba di IJN pada jam 7 petang tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan penuh serta memerlukan pemerhatian lanjut. Kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu dijangka berada di IJN untuk beberapa hari akan datang.–AlHijrah Online

Read more

MALAYSIA SIFATKAN PELAN DAMAI TRUMP BERAT SEBELAH, TAK LAYAK DITERIMA

KUALA LUMPUR: Malaysia menyifatkan pelan damai timur tengah diumumkan Presiden Amerika (AS), Donald Trump pada Selasa lalu, berat sebelah dan hanya menguntungkan Israel. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini berkata, selepas meneliti pelan damai yang dipanggil “Perjanjian Abad Ini”, Malaysia mendapati cadangan pelan damai itu, langsung tidak layak untuk diterima. Kenyataan itu berkata Malaysia juga percaya rakyat Palestin

Read more

KERAJAAN TIDAK JUAL PLUS, KADAR TOL AKAN DIKURANGKAN: TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak akan menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd, bagaimanapun syarikat konsesi lebuh raya itu perlu mengurangkan kadar tol. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PLUS akan kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perdana Menteri berkata keputusan itu adalah yang terbaik selepas pelbagai pandangan, termasuk Kabinet, dipertimbangkan. “Kita telah mengkaji

Read more

SEKATAN KECEWAKAN RAMAI ORANG, JEJAS PERDAGANGAN: TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi bahawa sebarang sekatan akan hanya mengecewakan ramai orang termasuk negara, yang dalam perdagangan dengan negara yang terlibat. Dengan menekankan bahawa beliau tidak percaya dengan sekatan, Perdana Menteri meminta pihak yang berkenaan agar menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan sebarang perbalahan. “Jika anda mengenakan sekatan, anda akan mengecewakan ramai orang. Bukan sahaja Iran… dan

Read more

TINGKATKAN PELABURAN DI NEGARA ISLAM: TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Negara Islam yang kaya diminta supaya melabur lebih banyak lagi di negara-negara Islam yang kurang berada agar kemakmuran dan kemajuan dapat dikongsi antara mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana menteri berkata negara-negara Islam setakat ini didapati tidak banyak melabur di negara-negara Islam lain yang memerlukan pelaburan mereka. “Negara-negara miskin sepatutnya menerima pelaburan asing terutamanya daripada negara-negara Islam,”

Read more

TUN M DEDIKASI PUISI KHAS BUAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Robohkan tembok pemisah dan semarakkan perpaduan di antara rakyat berbilang agama dan kaum. Itu mesej utama disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi klip video lagu “Anak Bangsa Malaysia” yang dinyanyikan Hazama. Mesej Perdana Menteri itu disampaikan melalui sajak yang beliau bacakan di akhir klip video itu yang disiarkan sempena “Hari Malaysia” hari ini. Bait puisi yang

Read more

JEREBU: UTUS SURAT KEPADA INDONESIA JIKA BUKTI LENGKAP

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Malaysia akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo berhubung jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara di negara ini akan diputuskan sebaik pengesahan lanjut diterima. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui laporan Sinar Harian berkata, ketika ini pihaknya masih meneliti dakwaan Indonesia yang menegaskan masalah jerebu berpunca daripada Malaysia. “Buat masa ini belum lagi.

Read more

PERTEMUAN DENGAN MODI TIDAK LIBATKAN ISU ZAKIR: TUN MAHATHIR

KYOTO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada permintaan ekstradisi penceramah bebas Dr Zakir Naik diutarakan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika pertemuan beliau dengan pemimpin negara Asia Selatan tersebut. “Dia menyebut nama (Zakir) sahaja tapi tak ulas. Dia cakap sekali je tentang Zakir Naik,” katanya. Sebaliknya, katanya tumpuan Modi sepanjang perjumpaan tersebut adalah untuk menerangkan berkenaan situasi

Read more

Kerajaan usaha selamatkan rakyat kita bakal digantung

KUALA LUMPUR – “Kerajaan sedang berusaha menyelamatkan nyawa seorang rakyat Malaysia yang dijadual menjalani hukuman gantung di penjara Changi, Singapura,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menarik perhatian bahawa ada yang berpandangan bahawa hukuman seumpama itu adalah keterlaluan. “Kita sedang cuba menyelamatkan nyawanya. Sepertimana kita tahu di Malaysia sekarang ini pemikiran rakyat ialah hukum gantung itu keterlaluan. “Jadi

Read more