Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN M SUDAH BERINTERAKSI DENGAN KELUARGA – MARINA MAHATHIR

DALAM NEGARA

TUN M SUDAH BERINTERAKSI DENGAN KELUARGA – MARINA MAHATHIR

Sumber Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilapor sudah mula berinteraksi dengan keluarga.

Perkara itu dikongsikan anaknya, Marina Mahathir yang turut berharap orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih mengenai keadaan bapanya.

“Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan rawatan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi Koronari, IJN dan berada di bawah pemantauan rapat oleh pakar perubatan di situ. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading