Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAYA KEHILANGAN SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA – TUN MAHATHIR

DALAM NEGARA

SAYA KEHILANGAN SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA – TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

“Saya hanya mampu berdoa, akan kita bersama kembali di masa tertentu, Amin, Ya Rabbal Alamin,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurut keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.

Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading