DUA ANAK TUN MAHATHIR SUDAH ISYTIHAR HARTA KEPADA SPRM – AZAM BAKI
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Mirzan dan adiknya Tan Sri Mokhzani sudah mengisytiharkan aset masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan badan pencegahan rasuah itu.
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Mirzan dan adiknya Tan Sri Mokhzani sudah mengisytiharkan aset masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan badan pencegahan rasuah itu.
“Mereka telah pun membuat perisytiharan harta kepada kami, namun pihak penyiasatan sedang membuat penyelarasan dengan peguam mereka.
“Jadi pada dasarnya mereka telah mengisytiharkan (aset), itu adalah perkara paling penting. Siasatan ke atas aset itu sudah mula mengenal pasti dan mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang mereka isytiharkan kepada kami,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Azam berkata SPRM kini masih berhubung dan berkomunikasi dengan peguam Mirzan serta Mokhzani untuk mendapatkan maklumat tambahan serta penjelasan membabitkan pengisytiharan itu.
Pada 14 Ogos lepas, SPRM dilaporkan memberi tambahan sebulan lagi kepada Mirzan dan Mokhzani untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas diberi lanjutan sama pada Mei lepas.
Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari lepas untuk mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata pihaknya masih belum dapat mengesan keberadaan ahli perniagaan Datuk Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Beliau masih tidak dapat dikesan untuk dibawa balik ke Malaysia,” katanya ringkas.
Sebelum ini media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Selain Muhammad Adlan, seorang lagi adalah peguam, Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked