Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES GISBH: SPRM TIDAK LIHAT UNSUR RASUAH DALAM SIASATAN

DALAM NEGARA

KES GISBH: SPRM TIDAK LIHAT UNSUR RASUAH DALAM SIASATAN

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata PDRM akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM.

“Yang ini (siasatan) kita serahkan pada polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini. Pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SPRM akan turut menjalankan siasatan membabitkan pengubahan wang haram terhadap GISBH.

Pada 11 Sept lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ia bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. 

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading