‘KAMI TAHU DEKAT MANA RUMAH, SUAMI DAN KELUARGA’, AHLI GISBH MENGAKU TIDAK BERSALAH UGUT BEKAS AHLI
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang juga anggota Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 Sept lepas.
Seorang ahli perniagaan yang juga anggota Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 Sept lepas. — Bernama
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang juga anggota Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 Sept lepas.
Tertuduh Mohamad Riza Makar, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.
Mohamad Riza didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat menyebabkan kegentaran, di tempat letak kenderaan di Presint 4, di sini, kira-kira 10 malam pada 9 Sept.
Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan 10 anak itu didakwa menggugut wanita berkenaan dengan mengatakan “kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga” dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya wanita itu yang juga bekas ahli GISBH, menarik balik laporan polis yang dibuatnya.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.
Terdahulu, Mohd Sabri mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin tempatan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati atau menghubungi pengadu (wanita), menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.
Bagaimanapun, Zulfikri merayu mahkamah agar menetapkan suatu wang jaminan pada kadar munasabah dengan hujahan ugutan tersebut berbentuk ringan sahaja dan bukan kesalahan serius dan jumlah RM30,000 itu adalah di luar kemampuan tertuduh.
Sementara itu, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminannya kerana isterinya baru melahirkan anak selain, perlu menyediakan wang perbelanjaan bagi keperluan anak-anaknya.
Ahmad Afiq kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin dengan wang RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat bahawa tertuduh tidak boleh mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang perbicaraan kes berlangsung selain dikehendaki lapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager