Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA DAN MOTOSIKAL DI KAMUNTING, DUA PARAH

DALAM NEGARA

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA DAN MOTOSIKAL DI KAMUNTING, DUA PARAH

IPOH: Dua cedera parah apabila sebuah kereta dan motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan Kamunting berhampiran Taman Glen View dekat Kamunting, hari ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 12.53 tengah hari tadi.

Beliau berkata pokok itu menghempap kereta Perodua Alza dan motosikal Yamaha Y15 yang melalui kawasan kejadian. 

“Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai anak perempuannya (berusia anggaran 15 tahun) mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri ketika bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata dua daripada lima wanita yang menaiki Perodua Alza cedera ringan manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mereka berumur 16 hingga 35 tahun.

Beliau memaklumkan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dilakukan oleh anggota bomba dan kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading