Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN TIDAK JUAL PLUS, KADAR TOL AKAN DIKURANGKAN: TUN MAHATHIR

DALAM NEGARA

KERAJAAN TIDAK JUAL PLUS, KADAR TOL AKAN DIKURANGKAN: TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak akan menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd, bagaimanapun syarikat konsesi lebuh raya itu perlu mengurangkan kadar tol.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PLUS akan kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri berkata keputusan itu adalah yang terbaik selepas pelbagai pandangan, termasuk Kabinet, dipertimbangkan.

“Kita telah mengkaji semua tawaran yang dibuat oleh sektor swasta dan juga Khazanah dan pada akhirnya kita memutuskan bahawa cara terbaik bukan untuk menjual PLUS kepada sesiapa tetapi untuk mengekalkannya dengan Khazanah dan KWSP,” katanya dipetik BERNAMA selepas majlis perasmian Kompleks An-Nur Balai di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

“Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus tetapi sila ingat bahawa 18 peratus ini ditetapkan pada kadar hari ini yang bermakna dalam masa 30 tahun kadar tol akan sangat rendah,” katanya.

Ketika ini, Khazanah memiliki kepentingan 51 peratus pegangan dalam PLUS, manakala KWSP memegang baki 49 peratus. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading