DONG JIAO ZONG AKUI PEMBELAJARAN TULISAN JAWI TIDAK BERMOTIF ISLAMISASI: MUJAHID

Last Updated on

6

PUTRAJAYA: Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) akhirnya bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bukan bermotif Islamisasi seperti didakwa sesetengah pihak atau bertujuan mengislamkan pelajar bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perkara itu disepakati semasa pertemuannya dengan wakil Dong Jiao Zong serta 11 pertubuhan berkaitan pendidikan Cina dan Tamil di pejabat beliau di sini hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan terbabit juga menerima tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara yang perlu dihormati semua pihak di negara ini sebagaimana kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan tulisan etnik lain. — AlHijrah Online

Leave a Reply