Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PONGGAL BUKAN PERAYAAN KEAGAMAAN

DALAM NEGARA

PONGGAL BUKAN PERAYAAN KEAGAMAAN

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan.

Beliau berkata perayaan itu menandakan sambutan musim menuai dan kejayaan atau kemakmuran yang melimpah.

Beliau menarik perhatian bahawa perayaan itu telah lama diraikan di Malaysia.

“Ia harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan talian persahabatan, menghormati budaya, menggalakkan perpaduan serta membina negara kita,” kata Gobind dalam hantaran di Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Menteri itu turut berkata perkara mengenai surat pekeliling berkenaan Ponggal akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading