Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MENTERI AGAMA SAMBUT KETIBAAN RAJA JORDAN, RAJA ABDULLAH II KE MALAYSIA

DUNIA

MENTERI AGAMA SAMBUT KETIBAAN RAJA JORDAN, RAJA ABDULLAH II KE MALAYSIA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyambut ketibaan Raja Jordan, Raja Abdullah II, di Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Sumber Gambar: Shafiq (Media Menteri Agama)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyambut ketibaan Raja Jordan, Raja Abdullah II, di Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Keberangkatan baginda disambut sekitar jam 11:13 malam tadi, dalam kerangka lawatan negara selama dua hari bermula Ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dilaporkan keberangkatan baginda turut diiringi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Ayman Safadi serta pegawai kanan dari Istana Diraja Hasyimiah dan kerajaan Jordan.

Semasa lawatan ini, Raja Abdullah II akan disambut dengan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, diikuti dengan majlis menghadap Sultan Ibrahim.

Baginda juga akan diraikan dalam satu Majlis Jamuan Negara dan dijadualkan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan lawatan negara kedua Raja Abdullah II ke Malaysia sejak Mei 2008.

“Lawatan negara ini berlangsung ketika Malaysia dan Jordan meraikan lebih enam dekad hubungan diplomatik yang mula dijalinkan pada 1965,” menurut kenyataannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading