Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DADAH DALAM JET PERIBADI DARI MALAYSIA

DALAM NEGARA

DADAH DALAM JET PERIBADI DARI MALAYSIA

Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, dengan 13 individu ditahan berhubung kes itu.

PHNOM PENH: Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, dengan 13 individu ditahan berhubung kes itu.

Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper pada Selasa melaporkan, satu operasi keselamatan dijalankan pada 1 Oktober lepas susulan maklumat yang diterima polis wilayah pada 21 September mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang untuk menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.

Menurut laporan itu, polis kemudian mendapat maklumat bahawa jadual penerbangan berkenaan telah diubah, dengan pesawat peribadi itu dijadualkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1.30 tengah hari pada 1 Oktober.

Pihak berkuasa keselamatan awam wilayah kemudian mengarahkan unit khusus untuk memantau keadaan.

Pegawai kemudian menemukan 23 beg pakaian dan merampas 500 bungkusan dadah jenis crystal methamphetamine seberat 521 kg, selain sebuah pesawat peribadi jenis Learjet dan sebuah trak pikap sebagai bahan bukti.

“Sebanyak 21 daripada 23 beg pakaian itu mengandungi bahan berhablur putih yang dikenal pasti sebagai crystal methamphetamine,” menurut laporan itu.

Polis menahan 13 individu dalam operasi berkenaan termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, seorang pelancong asing, tiga pekerja sebuah syarikat serta tujuh pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Tiga daripada individu yang ditahan ialah wanita.

Pesawat yang dirampas dikenal pasti sebagai Learjet dengan nombor pendaftaran N73GP –BERNAMA

 

 

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading