Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS BURU INDIVIDU TULAR TENDANG PENUNGGANG MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

POLIS BURU INDIVIDU TULAR TENDANG PENUNGGANG MOTOSIKAL

Individu berkenaan tular di media sosial dalam satu rakaman memaparkan tindakannya menendang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh di Tumpat.

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan individu yang dirakam menendang seorang penunggang motosikal dalam video tular di media sosial, dipercayai berlaku di kawasan Pantai Sri Tujuh di Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata pihaknya menerima laporan polis semalam berhubung video berkenaan yang dimuat naik di Facebook “Info Tumpat Loni”.

“Polis Daerah Tumpat sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Khairi berkata setakat ini, penunggang motosikal berkenaan masih belum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, beliau meminta mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal termasuk rakaman kamera papan pemuka supaya tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Muhamad Zulazri Mohammad di talian 011-11486922 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara telus dan adil bagi mengenal pasti keadaan sebenar. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading