Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN MAHATHIR DIBAWA KELUAR DARI IJN, ‘NIKMATI’ KOPI

DALAM NEGARA

TUN MAHATHIR DIBAWA KELUAR DARI IJN, ‘NIKMATI’ KOPI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah dibawa keluar sementara dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas 22 hari menerima rawatan.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah dibawa keluar sementara dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas 22 hari menerima rawatan.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff memaklumkan, Dr Mahathir dibawa keluar dan mengambil peluang untuk menikmati kopi di satu pusat membeli-belah di Damansara, pagi tadi.

Katanya Dr Mahathir masih berada dalam rawatan di IJN kerana mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal bulan ini.

Dr Mahathir kini sedang menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dan menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif.

Namun, proses pemulihan dijangka mengambil masa yang panjang berikutan faktor usia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading