TAIPING: Seorang anggota bomba cedera selepas sebuah warung burger yang ditunda sebuah lori, terjatuh ke atas kepalanya, di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, di sini, pada petang 20 Jan lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Abdul Malek Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 3:30 petang itu melibatkan sebuah lori dipandu seorang lelaki warga tempatan yang sedang menunda sebuah warung burger.
Dilaporkan lori tersebut sedang dalam perjalan dari Taiping menghala ke Kamunting telah hilang kawalan.
“Selepas lori tersebut hilang kawalan, warung burger yang ditunda terjatuh ke atas jalan raya kemudian terkena kepada sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun dan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan pada bahagian dahi, leher dan luka pada tangan serta kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan lelaki yang terlibat dalam kemalangan merupakan seorang anggota bomba Taiping itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Bagaimanapun lelaki tersebut telah mendapat rawatan di Hospital Taiping, sementara kes disiasat di bawah RULE 92 LN 170/59.—AlHijrah Online
Anonymous
28 January 2026 at 5:02 PM
Mantap Boss
Anonymous
28 January 2026 at 5:10 PM
Mantap Boss 2