Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA CEDERA PARAH SELEPAS LANTAI BOT DINAIKI PECAH DIHEMPAS OMBAK KUAT

DALAM NEGARA

DUA CEDERA PARAH SELEPAS LANTAI BOT DINAIKI PECAH DIHEMPAS OMBAK KUAT

Seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah selepas lantai bot yang dinaiki mereka pecah, dipercayai akibat dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tinggi di sini pagi tadi.

MERSING: Seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah selepas lantai bot yang dinaiki mereka pecah, dipercayai akibat dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tinggi di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata lelaki berusia 29 tahun cedera di bahagian pinggang, manakala wanita berusia 34 tahun, cedera di kaki.

Sementara itu, lapan mangsa lain hanya cedera ringan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, sebanyak 10 orang iaitu empat lelaki termasuk dua kru dan enam wanita berada di dalam bot berkenaan.

“Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan ke Pulau Aur dekat sini, sebelum lantai bot pecah selepas dihempas ombak yang kuat … sehingga mengakibatkan mereka terpelanting dan segelintir mengalami kecederaan,” katanya.

Bagaimanapun, kesemua mereka diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin sebelum dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata kes disiasat oleh Jabatan Laut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading