2 MAUT DALAM KEBAKARAN HUTAN DI PERU

LIMA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, 12 yang lain cedera dan dua lagi masih hilang dalam kebakaran hutan di wilayah Apurimac di Peru, kata Pusat Gerakan Kecemasan Kebangsaan dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Xinhua.

Kebakaran bermula pada Ahad di daerah Ihuayllo, menyebabkan banyak ternakan terjejas dan kemusnahan persekitaran semula jadi, katanya.

Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital dan di pusat kesihatan di Chalhuanca, lapor media tempatan.

Beberapa daripada mereka berada dalam keadaan “serius” dan akan dipindahkan ke Lima dengan menggunakan helikopter tentera.

Kebakaran itu telah menjejaskan kira-kira 200 hektar fauna, flora dan rumah di daerah itu, lapor Radio Programas del Peru, memetik sumber polis.

Institut Pertahanan Awam Negara sedang memantau keadaan serta¬†melaksanakan penyelarasan dengan institusi tempatan dan wilayah yang lain untuk membantu penduduk yang terjejas. — AlHijrah Online

Leave a Reply