Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AJARAN “AMMA” MENYELEWENG, SESAT – MUFTI PERAK

DALAM NEGARA

AJARAN “AMMA” MENYELEWENG, SESAT – MUFTI PERAK

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) yang dibawa oleh Noor Hisham Alias dan menular terutama di Manjung, Perak sebagai sesat.

MANJUNG: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) yang dibawa oleh Noor Hisham Alias dan menular terutama di Manjung, Perak sebagai sesat.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-231 pada April 2023 dan memperakukan fahaman itu menyeleweng serta bercanggah dengan syarak.

Tambahnya hasil penelitian fakta dan pandangan, Jawatankuasa Fatwa mendapati ajaran AMMA mengandungi elemen yang salah iaitu menterjemah kalimah syahadah dengan ‘Tiada Nyata Hanya Allah’ tanpa penjelasan sebenar.

“Ajaran sesat itu juga mendakwa ajaran Islam yang sebenar telah diseleweng pada tahun 850 Masihi dan ayat-ayat Al-Quran disalah tulis kerana ditulis pada kulit dan tulang binatang ketika itu.

“AMMA juga mendakwa terdapat dua Al-Quran iaitu Al-Quran hidup yang ditafsir sebagai alam mini yang berada dalam diri manusia dan Al-Quran Mashaf,” kata Wan Zahidi dalam kenyataan pada Selasa.

Malah, ajaran sesat terbabit turut berhujah jika Al-Quran yang ada sekarang sangat penting, sudah tentu ia ditulis dan dibukukan oleh nabi.

Pada masa yang sama, AMMA juga menimbulkan persoalan adakah nabi lembab kerana tidak tahu membaca dan menulis pada usia 40 tahun.

Sehubungan dengan itu, Wan Zahidi berkata Jawatankuasa Negeri Perak memutuskan ajaran yang dibawa Noor Hisham Alias itu menyeleweng dan bercanggah dengan syarak berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Justeru, beliau menggesa umat islam agar menjauhi ajaran tersebut dan dilarang berpegang serta beramal dengannya.

Katanya, mana-mana individu yang telah terlibat dengan pegangan dan pengamalan ajaran itu hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.

Tegas beliau, semua bentuk pengajaran, pengamalan, penerbitan, promosi, pengedaran bahan-bahan ajaran Noor Hisham Alias melalui apa-apa medium juga mesti disekat, dihenti dan diharamkan serta merta. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading