Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI MAUT DALAM KEMALANGAN MELIBATKAN TIGA KENDERAAN DI ROMPIN

DALAM NEGARA

DUA LELAKI MAUT DALAM KEMALANGAN MELIBATKAN TIGA KENDERAAN DI ROMPIN

ROMPIN: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 137 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Nissan Almera Mohd Rahmat Ab Rahim, 34, dan Muhammad Amirul Mukmini Mat Daud, 31, yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala maut di lokasi kejadian. 

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan dinaiki mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru, Johor sedang berhenti untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan, sebelum dirempuh sebuah lori jenis Nissan dari arah belakang. 

“Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan telah terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori pembancuh simen dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan mengakibatkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata kedua-dua pemandu lori itu hanya mengalami luka pada bahagian kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading