Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI

DALAM NEGARA

DUA LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI

Kemalangan pada 7.05 pagi itu menyebabkan kedua-duanya yang berusia 25 dan 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera pada bahagian muka dan kepala.

TANGKAK: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM39.9, Jalan Muar-Tangkak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata kemalangan pada 7.05 pagi itu menyebabkan kedua-duanya yang berusia 25 dan 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera pada bahagian muka dan kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dari arah Tangkak itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, datang sebuah lori dari hadapan dan tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading