Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA WARGA EMAS CEDERA DIGIGIT BUAYA KETIKA TANGKAP UDANG GALAH

DALAM NEGARA

WANITA WARGA EMAS CEDERA DIGIGIT BUAYA KETIKA TANGKAP UDANG GALAH

Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lepas.

 ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Nurkaisa Ausad, 65, berasal dari Linggi, Negeri Sembilan cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.

“Daripada laporan polis dibuat anak mangsa pada Isnin lepas, pengadu Muhammad Omar, 24, menerima panggilan telefon daripada kawan ibunya yang memaklumkan mangsa digigit buaya ketika sedang menangkap udang bersama nelayan lain di perairan itu.

“Semasa ibunya mahu turun menyerkap udang galah di dalam sungai yang tidak jauh daripada perahu dinaiki, secara tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad berkata mangsa kemudiannya meronta-ronta sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya terbabit.

Arshad berkata bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan diri daripada buaya berkenaan, kepala wanita itu telah terhantuk pada bucu perahu dan menyebabkan dia mengalami kecederaan.

“Rakan nelayan di situ yang menyedari keadaan itu kemudiannya menyelamatkan mangsa dan  membawanya naik ke daratan, seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.

“Keadaan wanita itu kini stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya,” katanya.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading