Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT GEMPA BUMI 6.2 SKALA RICHTER DI SUMATERA

DUNIA

DUA MAUT GEMPA BUMI 6.2 SKALA RICHTER DI SUMATERA

Gempa kuat itu berlaku hanya beberapa minit selepas gegaran kecil dirasai penduduk.

Sumber Gambar : AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter yang melanda kepulauan Sumatera hari ini.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Suharyanto mengesahkan perkara tersebut selain memaklumkan 20 orang mengalami kecederaan di Pasaman Barat, Sumatera Barat.

Gempa kuat itu berlaku hanya beberapa minit selepas gegaran kecil dirasai penduduk.

Seorang penduduk tempatan, Yudi Prama Agustino, 36, ketika ditemui wartawan AFP berkata, dia mula menyedari gempa bumi berlaku selepas permainan anak-anaknya terjatuh.

“Saya panik kerana ada mentua saya di dalam rumah dan mereka agak uzur dan sakit.

“Sebaik sahaja kami berada di luar, gempa bumi 6.2 lebih kuat berlaku dan semua orang bertambah panik,” katanya.

Penduduk tempatan ketika melakukan pemeriksaan bangunan selepas gempa bumi.

Gempa bumi tersebut turut dirasai di Malaysia dan Singapura namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading