Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEKERJA MAUT, TIGA LAGI CEDERA KREN ANGKAT ARANG BATU RUNTUH DI PONTIAN

DALAM NEGARA

DUA PEKERJA MAUT, TIGA LAGI CEDERA KREN ANGKAT ARANG BATU RUNTUH DI PONTIAN

Dua pekerja kontraktor maut manakala tiga lagi cedera, selepas sebuah kren mengangkat arang batu, runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian hari ini.

Sumber: JBPM Johor

JOHOR BAHRU: Dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera, selepas sebuah kren mengangkat arang batu, runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat berkata dalam kejadian sekitar 1 tengah hari tadi, mangsa yang maut merupakan warga tempatan iaitu Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan sekitar jam 3 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga lagi mangsa lelaki warga tempatan yang cedera telah dibawa ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahadir berkata 15 anggota termasuk daripada BBP Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi turut dibantu Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Malakoff.

Beliau berkata runtuhan tersebut turut menyebabkan kebakaran kecil, namun berjaya dikawal dan dipadamkan bersama pihak ERT Malakoff.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading