KPM MANSUH SPLKPM, KOMITMEN BERTERUSAN KURANGKAN BEBAN GURU
Fadhlina berkata SPLKPM sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan guru, yang mahu memastikan mereka tidak terikat dengan keperluan sistem berkenaan sehingga mengganggu fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) sebagai langkah berterusan bagi mengurangkan beban tugas guru.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata keputusan itu dibuat susulan penilaian berterusan kementerian terhadap beban kerja guru serta maklum balas warga pendidik yang berpandangan sistem berkenaan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.
Beliau berkata KPM sebelum ini telah melaksanakan pelbagai intervensi, termasuk penambahbaikan terhadap Sistem Sahsiah Disiplin Murid, bagi menangani isu beban tugas guru dari semasa ke semasa.
“Hari ini, KPM mengumumkan SPLKPM dimansuhkan kerana ia memberi kesan langsung terhadap kebajikan guru dan beban tugas mereka.
“Setiap langkah yang diambil adalah sebahagian daripada komitmen berterusan KPM untuk mengurangkan beban guru,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin di sini hari ini.
Fadhlina berkata SPLKPM sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan guru, yang mahu memastikan mereka tidak terikat dengan keperluan sistem berkenaan sehingga mengganggu fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Menurutnya, pemansuhan sistem itu bertujuan memberi ruang kepada guru untuk memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, khususnya menjelang pelaksanaan kurikulum baharu dan pelan pembangunan pendidikan yang akan diperkenalkan tahun hadapan.
Beliau menegaskan KPM akan terus meneliti sebarang langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru secara konsisten demi memperkukuh kualiti pendidikan negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager