Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA PELAJAR MAUT TERCAMPAK DARI MOTOSIKAL

UTAMA

DUA PELAJAR MAUT TERCAMPAK DARI MOTOSIKAL

Dua pelajar sekolah maut selepas tercampak dari motosikal yang dinaiki sebelum dilanggar sebuah kenderaan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur–Kuantan berhampiran Temerloh, malam semalam.

KUANTAN: Dua pelajar sekolah maut selepas tercampak dari motosikal yang dinaiki sebelum dilanggar sebuah kenderaan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur–Kuantan berhampiran Temerloh, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang melibatkan penunggang motosikal, Muhammad Nazim Dzafran Mohd, dan pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah, masing-masing berusia 17 tahun, pada kira-kira pukul 8.20 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran sebelum motosikal yang dinaiki dipercayai cuba memotong sebuah kereta.

“Apabila sampai di lokasi kejadian motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah kanan, dan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading