Connect with us

ALHIJRAH NEWS

EMPAT MAUT SELEPAS KENDERAAN DIHEMPAP POKOK TUMBANG

UTAMA

EMPAT MAUT SELEPAS KENDERAAN DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sebuah Ford Raptor yang membawa lima individu dihempap pokok sebelum orang awam menghubungi pihak polis.

BENTONG: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Gombak-Bentong berhampiran Genting Sempah, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sebuah Ford Raptor yang membawa lima individu dihempap pokok sebelum orang awam menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangku di tempat duduk penumpang hadapan serta seorang lelaki berusia 40 tahun yang duduk di bahagian belakang.

“Sementara itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang duduk di bahagian belakang terselamat, namun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di lokasi, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu dipercayai pasangan kembar.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Temerloh untuk proses bedah siasat, manakala siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading