Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN TELITI DAFTAR KHAS PESALAH KEGANASAN RUMAH TANGGA

UTAMA

KERAJAAN TELITI DAFTAR KHAS PESALAH KEGANASAN RUMAH TANGGA

Kerajaan sedang meneliti cadangan mewujudkan Daftar Pesalah Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi merekod dan memantau individu yang mengulangi kesalahan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan mewujudkan Daftar Pesalah Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi merekod dan memantau individu yang mengulangi kesalahan berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, cadangan itu sedang diperhalusi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak mahkamah bagi membangunkan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan.

“Sehubungan itu, tindakan susulan untuk meneliti lanjut cadangan ini sedang diambil bersama…untuk membangunkan satu mekanisme bersesuaian untuk merekod dan memantau pelaku keganasan rumah tangga berulang melalui rekod jenayah atau daftar kesalahan yang berkaitan, sebab pada masa ini kita tidak ada data tepat.

“KPWKM komited dalam menangani isu KRT melalui pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan dan masyarakat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, KPWKM turut memperuntukkan RM2.1 juta tahun ini bagi menaik taraf lebih 20 tempat selamat kendalian kerajaan di seluruh negara untuk memastikan kemudahan itu berada dalam keadaan kondusif dan bersedia menerima mangsa yang memerlukan perlindungan sementara.

Sehingga Julai 2026, sebanyak 43 tempat selamat telah diluluskan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), dengan 39 dikendalikan kerajaan dan empat lagi oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan pelbagai bentuk perlindungan kepada mangsa termasuk Perintah Perlindungan Kecemasan dalam tempoh dua jam bagi kes yang memerlukan tindakan segera, selain membantu mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan daripada mahkamah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading