Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK BAWAH 16 TAHUN WAJIB DAFTAR MEDIA SOSIAL GUNA MYKAD

UTAMA

KANAK-KANAK BAWAH 16 TAHUN WAJIB DAFTAR MEDIA SOSIAL GUNA MYKAD

Pemberi perkhidmatan media sosial berlesen kini diwajibkan mengesahkan umur pengguna menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad atau pasport bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun.

KUALA LUMPUR: Pemberi perkhidmatan media sosial berlesen kini diwajibkan mengesahkan umur pengguna menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad atau pasport bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun.

Kementerian Komunikasi memaklumkan langkah itu dilaksanakan menerusi Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian.

“Pengesahan umur hendaklah dilaksanakan menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport, sijil kelahiran atau dokumen lain yang diiktiraf. Bagi memastikan pematuhan, MCMC sedang memantau pelaksanaan CPC oleh Pemberi Perkhidmatan Berlesen.

“MCMC telah mengeluarkan notis bertulis di bawah subseksyen 30(2) Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) kepada penyedia perkhidmatan media sosial bagi mendapatkan penjelasan berhubung ketidakpatuhan dan langkah pelaksanaan mekanisme pengesahan umur,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Menurut kementerian itu, penyedia perkhidmatan media sosial yang gagal mematuhi Akta 866 boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta serta denda tambahan RM100,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diberi kuasa mengeluarkan Notis Ketidakpatuhan dan mengenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, kementerian memaklumkan MCMC telah mengemukakan 292,102 permohonan penurunan kandungan penipuan dan akaun palsu bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Julai 2026, dengan 279,875 daripadanya atau 96 peratus berjaya diturunkan.

Bagi kandungan berunsur 3R pula, sebanyak 14,169 permohonan penurunan telah dikemukakan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2026, dengan 8,750 kandungan atau 62 peratus berjaya diturunkan. Sepanjang tempoh sama, MCMC turut menyiasat 462 kes di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan isu 3R. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading