DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN BABIT EMPAT KENDERAAN
Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM133.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Muar malam tadi.
JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM133.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Muar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian berlaku kira-kira 11 malam itu menyebabkan masing-masing yang berusia 20 dan 24 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala serta badan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang berusia 20 tahun melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori lalu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan.
“Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal termasuk motosikal ditunggang mangsa berusia 24 tahun itu dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Raiz Mukhliz berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan saksi kejadian diminta menghubungi Insp Muhamad Azim Aziz melalui talian 018-9704143 atau Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu di Kota Tinggi,seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 7 pagi dan kejadian berlaku ketika peneroka Felda berusia 75 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Masjid Jamek Felda Waha ke rumahnya.
“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala. Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager