Masyarakat Islam diminta memberi ruang sepenuhnya kepada penguat kuasa agama untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden tular seorang lelaki bersilat di kawasan perkuburan.
KOTA TINGGI: Masyarakat Islam diminta memberi ruang sepenuhnya kepada penguat kuasa agama untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden tular seorang lelaki bersilat di kawasan perkuburan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar diperoleh.
Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid telah mengarahkan Pejabat Kadi Kluang menyiasat video tular berkenaan untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab dilakukan di tanah perkuburan.
“Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco agama negeri yang mengambil tindakan awal dan pantas untuk mengarahkan Pejabat Agama Daerah Kluang menjalankan siasatan daripada semua sudut.
“Janganlah kita berspekulasi kerana jika siasatan mendapati individu itu mengalami gangguan mental, maka kita perlu merujuknya untuk mendapatkan rawatan dan membaiki diri beliau. Sebab beliau juga anggota masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Hijrah 2025 di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Air Tawar 2 di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan perbuatan bersilat atau melakukan sesuatu yang tidak wajar di kawasan kubur tidak boleh diterima dalam agama Islam.
“Ziarah kubur adalah disunahkan untuk mengingati mati dan setiap perbuatan di kawasan kubur harus dilakukan dengan menghormati waris serta menepati batas-batas akidah.
“Masyarakat Islam yang tidak pasti mengenai hukum sesuatu perbuatan hendaklah merujuk kepada pihak berilmu dan berautoriti seperti Jabatan Mufti Johor bagi memastikan tindakan mereka tidak melanggar akidah Islam,” katanya.
Semalam, media melaporkan kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Kadi Kluang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab dilakukan di tanah perkuburan.
Terdahulu, video berdurasi 28 saat di laman sosial Facebook yang dirakam pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki memakai jaket serta bertopi keledar berdiri di kawasan perkuburan sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests