Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI TULAR PANDU KERETA SECARA BERBAHAYA POSITIF TIGA JENIS DADAH

DALAM NEGARA

LELAKI TULAR PANDU KERETA SECARA BERBAHAYA POSITIF TIGA JENIS DADAH

Seorang lelaki yang tular videonya memandu secara berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi semalam, didapati positif tiga jenis dadah iaitu ketamine, amphetamine dan methamphetamine.

Sumber: Media sosial

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular videonya memandu secara berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi semalam, didapati positif tiga jenis dadah iaitu ketamine, amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki berusia 32 tahun itu telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi tadi.

“Hasil ujian saringan air kencing, lelaki terbabit didapati positif dadah jenis ketamine, amphetamine dan methamphetamine.

“Ujian bagi ‘Evidential Breath Analyzer’ (EBA) pula dilaporkan negatif,” ujarnya.

Semalam tular satu video di media sosial, sebuah kereta jenis Range Rover Velar yang dipandu secara berbahaya dengan tayar belakang sebelah kanan dalam keadaan pecah serta hancur.

Insiden itu dirakam seorang penunggang motosikal sebelum kereta berkenaan berhenti di kawasan persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Maju.

Lelaki terbabit kini ditahan di IPD Dang Wangi dan kes sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading