BANJIR HAT YAI: RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DIMINTA BERSEDIA UNTUK OPERASI PEMINDAHAN SEMENTARA
Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel di Hat Yai akibat banjir diminta bersedia di lobi penginapan masing-masing bagi memudahkan operasi pemindahan sementara ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sumber: Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
SONGKHLA: Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel di Hat Yai akibat banjir diminta bersedia di lobi penginapan masing-masing bagi memudahkan operasi pemindahan sementara ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Konsulat berkata proses koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan pihak berkuasa tempatan di Hat Yai telah bermula dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Pejabat Konsulat turut memohon kerjasama semua rakyat Malaysia yang terlibat bagi memastikan urusan pemindahan berjalan lancar.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai bertugas di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6681-9901930.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang berusaha sedaya upaya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan rakyat Malaysia dari kawasan banjir ke lokasi yang lebih selamat.
“Hujan masih turun di Hat Yai, namun paras air banjir sudah menurun daripada paras dada semalam kepada paras lutut hari ini…bantuan makanan dan proses pemindahan sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Ahmad Fahmi berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan di Pejabat Konsulat untuk mengumpulkan maklumat semua mangsa warga Malaysia serta lokasi penginapan mereka.
Terdahulu, Ahmad Fahmi bersama Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla Dr Sitthipong Sitthiprapha telah melawat dapur penyediaan makanan berasaskan sayuran untuk diedarkan kepada semua mangsa banjir di Hat Yai.
Sitthipong berkata sebanyak 2,000 set makanan panas berasaskan sayuran telah dihantar menggunakan trak kepada mangsa yang terkandas di beberapa hotel di Hat Yai.
“Walaupun air mula surut, hujan masih turun. Tidak lebat, tetapi tetap mencabar untuk memindahkan semua mangsa keluar dari bandar Hat Yai menggunakan trak,” jelasnya.
Semalam, menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang melanda, namun semuanya dilaporkan selamat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests