Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ULAR MASUK TANDAS PREMIS, WANITA CEDERA DIGIGIT

DALAM NEGARA

ULAR MASUK TANDAS PREMIS, WANITA CEDERA DIGIGIT

Seorang wanita cedera dibahagian kaki selepas digigit seekor ular sawa di sebuah premis kedai di Seksyen U13, Setia Alam petang hari ini.

Sumber: JBPM Selangor

SETIA ALAM: Seorang wanita cedera dibahagian kaki selepas digigit seekor ular sawa di sebuah premis kedai di Seksyen U13, Setia Alam petang hari ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menerima panggilan pada jam 3.46 petang sebelum sebuah jentera bersama enam orang anggota digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi PBK II, Marzu Abdullah, wanita berbangsa Melayu berumur 23 tahun itu merupakan pekerja sebuah farmasi, dan telah digigit ular sawa ketika menggunakan tandas di premis kedai tersebut.

“Anggota yang bertugas berjaya melepaskan mangsa dari gigitan ular dari kawasan yang digigit, dan menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya.

“Ular sawa sepanjang 2 meter itu telah dilepaskan di tempat yang selamat,” ujarnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading