Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT SELEPAS KERETA TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT SELEPAS KERETA TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Taman Jelutong, Changlun pada awal pagi tadi. 

JITRA: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Taman Jelutong, Changlun pada awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Faiz Zainal, 36, dari Kampung Padang 1, Bukit Kayu Hitam. 

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 3.07 pagi sebelum anggota unit kereta peronda polis bergegas ke lokasi. 

“Laporan awal diterima menyatakan sebuah kereta telah terbabas di Taman Jelutong, Changlun berhampiran Kedai Nasi Ganja Pak Andak.

“Pihak bomba dan ambulans berada di lokasi pada 5.33 pagi, dan kereta jenis Nissan Almera nombor pendaftaraan VR6292… mangsa ditemukan sudah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Jitra,” menurutnya dalam kenyataan di sini. 

Mohd Radzi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading