12 TERSELAMAT, LORI JABATAN PERHUTANAN JATUH GAUNG DI JALAN TAPAH–CAMERON HIGHLANDS
Seramai 12 individu terselamat selepas sebuah lori Jabatan Perhutanan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah, semalam.
IPOH: Seramai 12 individu terselamat selepas sebuah lori Jabatan Perhutanan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah, semalam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.52 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi sejauh 13 kilometer dan tiba 53 minit kemudian.
Beliau berkata setibanya di lokasi, didapati 12 mangsa terdiri daripada malim gunung, Orang Asli dan petugas Jabatan Perhutanan Negeri Perak terlibat dalam insiden tersebut.
“Seorang mangsa dilaporkan terperangkap di dalam lori dan mengalami kecederaan, manakala 11 lagi mangsa berjaya keluar sendiri dan dibantu orang awam.
“Seorang daripada mereka bertindak berjalan ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan. Mangsa yang cedera dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya dalam kenyataan berasingan berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia lingkungan 30-an bersama 11 penumpang dalam perjalanan pulang selepas selesai memasang papan tanda sekitar Gunung Batu Putih.
Beliau berkata, cuaca hujan ketika kejadian dan lori berkenaan sedang menuruni laluan berbukit sebelum tayar kiri disyaki tergelincir akibat keadaan jalan yang sempit dan licin.
“Akibatnya, lori tersebut hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta merancang perjalanan dengan baik, khususnya pada musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko kemalangan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked