Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUN PAHANG LULUS RUU TAREKAT 

DALAM NEGARA

DUN PAHANG LULUS RUU TAREKAT 

KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tarekat.

GAMBAR KREDIT: FB WAN ROSDY WAN ISMAIL

KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tarekat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata  RUU itu diperkenalkan agar kegiatan tarekat boleh didaftarkan dan dibenarkan beroperasi.

Ia juga bagi membolehkan pemantauan dan pembendungan sebarang ajaran sesat yang menggunakan nama tarekat.

“Melalui pelaksanaan enakmen ini diharap amalan tarekat tasawuf dapat dimasyarakatkan dan tidak diamalkan secara sembunyi-sembunyi.

“Selain itu pengamal tarekat dan masyarakat akan dapat pendedahan tepat dan secara ilmiah tentang tarekat tasawuf,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan di Facebooknya semalam.

Usaha itu juga katanya untuk menyasarkan gerakan sifar sesat di Pahang selain mewujudkan organisasi kumpulan tarekat yang bersistematik dan terorganisasi.

RUU itu juga diharap dapat membimbing dan mentarbiah pengamal tarekat berdasarkan prinsip tasawuf yang murni di bawah seliaan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah dan Pendaftar Tarekat.

Wan Rosdy juga berharap RUU tersebut dapat menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang memperkasakan hal ehwal agama Islam serta membendung segala percanggahan syarak terhadap sebarang amal ibadat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading