KUALA LUMPUR: Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin, dengan menyatakan bahawa sokongan mereka tidak boleh dipertikaikan.
Beliau memuji pendirian konsisten kerajaan terhadap pendudukan Israel di Palestin, manakala orang ramai menunjukkan solidariti mereka dalam pelbagai cara termasuk memboikot perniagaan dan produk yang dikaitkan dengan rejim Israel.
Beliau berkata sebarang langkah yang diambil untuk menyokong Palestin termasuk gesaan memboikot perniagaan yang didakwa pro-Israel, boleh membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
“Saya menggalakkan rakyat Malaysia, Palestin, Arab, Islam, dan semua orang yang percaya kepada hak asasi manusia dan demokrasi, supaya mengambil bahagian walaupun secara minimum dengan memulau semua (produk) yang menyokong Israel.
“Penduduk Israel mendapat manfaat daripada begitu banyak jenama keluarannya di seluruh dunia. Dalam tempoh tiga minggu yang lalu, anda boleh menyaksikan kesan ketara boikot ini terhadap ekonomi mereka, memberi tekanan kepada kerajaan Israel yang terlibat dalam tindakan keganasan terhadap Palestin, dan menyedarkan mereka bahawa tindakan itu juga memberi kesan ke atas ekonomi mereka,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Walid bangga dengan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama yang menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin, menyerlahkan bahawa sokongan itu bukan sahaja tentang perjuangan agama, tetapi lebih kepada isu hak asasi manusia.
Di peringkat antarabangsa, Walid berkata Malaysia boleh memain peranan yang lebih besar dengan menggalakkan negara lain untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin memandangkan negara itu mempunyai hubungan yang sangat baik dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
“Tiada siapa boleh mempersoalkan sokongan Malaysia, dan kami rakyat Palestin mahukan Malaysia untuk memainkan peranannya di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang berpengaruh yang mampu memain peranan sebagai contoh untuk meminta negara di Asia yang tidak menyokong Palestin menunjukkan sokongan mereka,” katanya.
Walid mengetengahkan empat keutamaan pada masa ini – dengan yang pertama dan kedua adalah masing-masing gencatan senjata segera untuk menamatkan jenayah Israel di Palestin dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk membolehkan sumbangan luar memasuki Gaza.
“2.3 juta rakyat Palestin di Gaza mengalami kekurangan air minuman, makanan, kekurangan bahan api, bekalan elektrik, hospital dan sistem kesihatan Gaza yang lumpuh.
Walid berkata keutamaan ketiga adalah supaya masyarakat antarabangsa campur tangan dan menghalang strategi Israel memindahkan penduduk Palestin secara paksa dari wilayah mereka.
Beliau menegaskan bahawa objektif Israel dalam perang ini adalah untuk mengosongkan Gaza, dan jika berjaya, Tebing Barat dan Baitulmaqdis akan menjadi sasaran seterusnya.
“Kita tidak mahu Nakba (malapetaka) baharu berlaku pada masa ini. Rakyat Palestin akan kekal walaupun Israel terus melakukan pembunuhan di Gaza atau di Tebing Barat atau Baitulmaqdis.
“Kami berterima kasih kepada negara jiran kami, Jordan dan Mesir, kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan dalam menolak rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Palestin…,” katanya.
Walid juga berkata yang keempat adalah masyarakat antarabangsa mesti berusaha ke arah penyelesaian dua negara dan menghentikan pendudukan Israel melalui perjanjian damai yang komprehensif yang akan membolehkan rakyat Palestin mencapai kebebasan berdasarkan sempadan 1967 dengan Al-Quds sebagai ibu negara.
“Tanpa mencapai objektif ini. penduduk Israel tidak akan hidup dengan aman dan Asia Barat akan terus menderita dan masa depan rantau itu bergantung kepada pencapaian objektif itu,” katanya.
Lebih 9,000 rakyat Palestin terkorban dalam serangan tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt, manakala lebih 32,000 lagi cedera dan lebih 2,000 masih hilang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager