Lebih 1000 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berarak dalam Perhimpunan Solidariti UTM Bersama Palestin di sini hari ini. –BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pasrah dengan nasib saudara-maranya yang berada di Gaza sama ada masih lagi hidup ataupun syahid.
Mohammed Z. M. Qaddoura, 33, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Pendidikan berkata kali terakhir dia dapat menghubungi ahli keluarganya di sana adalah pada Isnin lepas.
“Seramai 53 ahli keluarga saya masih berada di Gaza termasuk bapa dan saudara mara. Kini saya hanya mampu menunggu sekiranya ada mesej memaklumkan mereka telah syahid. Kami (rakyat Palestin) di sini sedang mempersiapkan diri dengan kemungkinan itu.
Serangan rejim Israel tidak lagi memberikan amaran dan mereka terus menyerang serta mengebom dengan menyasarkan kawasan kediaman yang menempatkan sehingga 20 unit rumah. Mereka nampaknya memang mahu menghapuskan seramai mungkin rakyat Palestin di Gaza,” katanya.
Mohammed yang telah tinggal di Malaysia sejak empat tahun lepas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu itu berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Solidariti UTM Bersama Palestin di universiti awam itu di sini hari ini.
Bapa seorang anak lelaki berusia lima tahun itu berkata walaupun dia berada dalam keadaan selamat di sini namun fikiran dan emosinya tidak tenang kerana tidak berdaya membuat apa-apa bagi membantu meringankan penderitaan yang dialami penduduk Gaza.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM Nadratul Huda Ahmad berkata perhimpunan itu dihadiri lebih 1,000 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan UTM, selain masyarakat setempat.
Beliau berkata perhimpunan aman anjuran MPP UTM itu merupakan pengisian hari kedua bagi pelaksanaan Program UTM Bersama Palestin yang telah dimulakan sejak semalam.
“Selain menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza, program ini bertujuan membangunkan mahasiswa yang holistik dan bukan sekadar cemerlang dalam aspek akademik tetapi juga cakna isu sejagat,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini UTM mempunyai seramai 31 pelajar Palestin terdiri daripada 13 orang di peringkat PhD, Sarjana (dua) dan Sarjana Muda (16).
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Alistair Edwards berkata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menitahkan agar kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bolasepak JDT di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestin.
“Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Tunku Mahkota Johor hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked