Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EBIT LEW BUAT LAPORAN POLIS, DAKWA DIFITNAH

DALAM NEGARA

EBIT LEW BUAT LAPORAN POLIS, DAKWA DIFITNAH

KUALA LUMPUR: Pendakwah, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya yang disifatkannya melampau dan tidak berasas.

Kredit FB Ebit Lew.

KUALA LUMPUR: Pendakwah, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya yang disifatkannya melampau dan tidak berasas.

Menerusi hantaran di Facebook, Ebit memaklumkan laporan tersebut dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi malam tadi.

“Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Ebit juga memaklumkan beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut berhubung perkara itu.

Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas tular video wawancara seorang wanita Indonesia yang pernah dibantu Ebit sebelum ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading