EBIT LEW DIDAKWA 11 PERTUDUHAN TERMASUK BERKAITAN GANGGUAN SEKSUAL

TENOM: Pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali Ebit Lew, hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom, Sabah dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN – EBIT LEW MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS 11 PERTUDUHAN BERKAIT GANGGUAN SEKSUAL

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Satu sidang media dijadual akan dilakukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berhubung kes terbabit selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. –AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply