Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ELAUN GURU DAKWAH LAPANGAN DINAIKKAN KEPADA RM900

DALAM NEGARA

ELAUN GURU DAKWAH LAPANGAN DINAIKKAN KEPADA RM900

Program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak.

IPOH: Bermula 1 Januari 2021, elaun guru dakwah lapangan di Perak bakal dinaikkan daripada RM400 kepada RM900 sebulan.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kenaikan itu harus dilaksanakan kerana bayaran elaun RM400 kepada pendakwah lapangan sejak 1997 itu terlalu rendah.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun RM400 kepada RM900, ianya berbaloi dengan usaha dan kerja mereka yang diberikan, cuma kita akan sembah maklum terlebih dahulu kepada Sultan Perak.” katanya selepas merasmikan program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak.

Menurut Mohd Akmal, beliau sendiri pernah menerima bayaran elaun RM400 pada 2008 semasa bertugas sebagai pendakwah lapangan, dan mengakui bayaran tersebut tidak mampu menampung kos untuk kerja-kerja dakwah.

Tambahnya, tugas guru agama dakwah lapangan adalah berbeza dengan tugas guru-guru takmir di masjid, kerana mereka berdakwah kepada masyarakat di kawasan tumpuan ramai seperti pusat membeli belah, taman permainan, serta perkampungan orang asli yang tugasannya lebih sukar.
 
Justeru ujar Mohd Akmal, kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu dan akan menaikkan elaun guru agama dakwah seiring dengan kenaikan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) serta guru takmir.–AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading