ELAUN HARIAN DIBERIKAN KEPADA AHLI, ISTERI DAN ANAK GISBH IKUTI PROGRAM PEMULIHAN SUKARELA
Bagi menarik ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menyertai program pemulihan secara sukarela, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan majlis serta jabatan agama Islam (MAIN/JAIN) memberi elaun harian kepada ahli, isteri dan anak-anak mereka yang menghadiri program pemulihan itu.
KUALA LUMPUR: Bagi menarik ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menyertai program pemulihan secara sukarela, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan majlis serta jabatan agama Islam (MAIN/JAIN) memberi elaun harian kepada ahli, isteri dan anak-anak mereka yang menghadiri program pemulihan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata latihan kemahiran turut diberikan kepada mereka yang mengikuti program sukarela ini bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.
“Seperti kita maklum, kita mempunyai modul komprensif merangkumi aspek pendidikan, kewangan, latihan kemahiran, namun persoalannya mengapa bilangan tampil masih rendah dan kita juga maklum bahawa program ini bersifat sukarela.
“Namun bagi anak-anak yang masih berada di rumah perlindungan, kita teruskan program persekolahan, sekali gus memastikan mereka dapat mengikuti ajaran Islam sebenar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin mengetahui usaha dilakukan untuk menarik lebih ramai ahli GISBH menghadiri program pemulihan secara sukarela memandangkan terdapat fatwa tentang penyelewengan ajaran GISBH.
Beliau berkata ahli GISBH yang mengikuti program pemulihan sukarela ini adalah mereka yang tidak mempunyai kesalahan jenayah, manakala ahli GISBH yang telah ditahan perlu menjalani program pemulihan secara khusus oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, dengan kerjasama JAKIM.
Zulkifli berkata bagi memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISBH yang terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH.
“Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIN dan MKN negeri telah memulakan projek rintis pada 7 Nov di rumah pemulihan MAIS dengan mengguna pakai modul Istitabah MAIS.
“Penilaian akan dilaksanakan setiap 30 hari selepas sesi pemulihan dilaksanakan. Berasaskan projek rintis ini, JAKIM dengan kerjasama MKN dan pelbagai agensi akan menjalankan program pemulihan dengan modul yang komprehensif.
“Ia meliputi aspek pemulihan akidah dan syariah, pendidikan, kaunseling, kesihatan, kenegaraan dan juga latihan kemahiran untuk persediaan kelangsungan hidup selepas kembali ke pangkuan masyarakat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked