Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMALANGAN MAUT BABITKAN TIGA BERANAK: PENJUAL SAYUR DIREMAN HINGGA ESOK

DALAM NEGARA

KEMALANGAN MAUT BABITKAN TIGA BERANAK: PENJUAL SAYUR DIREMAN HINGGA ESOK

Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas. 

JERTIH: Polis telah mendapat kebenaran bagi menahan reman seorang penjual sayur hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan nyawa tiga beranak di Setiu, dua hari lepas. 

Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, di sini.

Lelaki itu ditahan di lokap Balai Polis Permaisuri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isnin lepas media melaporkan tiga sekeluarga maut apabila Perodua Axia dinaiki mereka dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 53 Jalan Persekutuan Kuala Terengganu–Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, kira-kira pukul 4.50 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading