EMPAT HARI BERTURUT-TURUT PEMBERIAN VAKSIN LEPASI ANGKA 300,000

KUALA LUMPUR: Kadar pemberian vaksin COVID-19 semalam mencatatkan angka tertinggi dengan 376,909 dos diberikan kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ia juga merupakan hari keempat berturut-turut kadar vaksinasi lepasi angka 300,000 bermula pada 5 Julai dengan 313,761 dos, 6 Julai 340,043 dos dan 7 Julai 375,842 dos.

Daripada 376,909 dos yang diberikan semalam, 222,927 adalah penerima dos pertama manakala 153,982 adalah penerima dos kedua.

“Setakat semalam jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 ialah 10,413,270 dos dengan 7,222,481 orang terima dos pertama dan 3,190,789 telah menerima dos kedua,” kata Adham Baba menerusi ciapan di Twitter.

Pertambahan pemberian vaksin semalam menjadikan 22.1 peratus daripada populasi negara telah menerima vaksin pertama dan 9.8 peratus telah lengkap divaksin dengan menerima dos kedua. — AlHijrah Online

Image
Image

Leave a Reply