Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT KAKITANGAN PERUBATAN AWAM DITAHAN KES RASUAH URUS MAYAT

DALAM NEGARA

EMPAT KAKITANGAN PERUBATAN AWAM DITAHAN KES RASUAH URUS MAYAT

Suspek merupakan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima rasuah antara RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

SEREMBAN: Empat kakitangan perubatan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000.

Suspek merupakan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima rasuah antara RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Memetik laporan Berita Harian, kesemua suspek ditahan antara kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam tadi di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika hadir memberi keterangan.

“Kesemua mereka bertugas di hospital sama dipercayai menerima rasuah membabitkan kira-kira 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara 2022 hingga 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, keempat-empatnya akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban pada Selasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading